unexpected..

Apabila kita melepaskan sesuatu dengan baik.. Allah menggantikan dengan lebih sehingga tak terjangka jalannya.. subhanallah..

ADAB-ADAB TIDUR MENGIKUT SUNNAH

ADAB-ADAB  TIDUR MENGIKUT SUNNAH

KAEDAH YANG PERLU DILAKUKAN SEWAKTU HENDAK TIDUR

(mengikut tertib cadangan):

1.   Berwudhuk (termasuklah bersugi atau sekurang-kurangnya berkumur-kumur)
2.   Sapu tempat pembaringan dengan tangan, kain ataupun apa-apa yang sesuai sambil membaca Bismillah.
3.   (Setelah duduk di katil/ tempat tidur) Ucapkan dua kalimah syahadah
4.   Berselawat ke atas Nabi
5.   Membaca “A’uzhubillah…”, Al-Fatihah dan Ayat Kursi
6.   Tadah tangan seperti berdoa. Tiup kedua-duanya. (Cara meniup yang dianjurkan- Hembus perlahan-lahan sehingga habis satu nafas)
7.   Baca 3 Qul mengikut tertib (yang dahulu didahulukan).
8.   Sapukan tapak tangan ke kepala, muka dan seluruh tubuh. (Langkah 5 hingga 7 elok diulang 3 kali)
9.   Tidur dengan berbaring menghadap ke sebelah kanan.

FAKTA KEBENARAN

ANJURAN BERWUDHUK & MENGERENG KE KANAN
“Apabila engkau mendatangi tempat tidurmu, maka hendaklah engkau berwudhuk sebagaimana wudhuk hendak mengerjakan solat, kemudian berbaringlah di atas badanmu yang sebelah kanan.”
(Bukhari & Muslim)

SANDARAN MENGIBAS TEMPAT TIDUR
“Apabila seseorang kamu hendak tidur, maka kibaslah tempat tidurnya dengan hujung sarungnya, kerana ia tidak tahu barangkali ada kotoran yang melekat.”
(Bukhari & Muslim)

“Apabila salah seorang kamu tidur di tempat tidurnya, maka gunakan bahagian dalam sarungnya untuk menyapu tempat tidurnya, dan sebutlah nama Allah.”
(Muslim)

SANDARAN MEMBACA 3 QUL & MENYAPU TUBUH
“Daripada Aishah ra, bahawa (apabila) Nabi saw baring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya, kemudian meniup kedua-duanya, dan membaca padanya: Qul HuAllahu Ahad dan Qul a’uzhibirabbil falaq dan Qul a’uzhubirabbinnaas, kemudian menyapu dengan kedua-duanya seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-duanya yang dimulakan dari kepala, muka, kemudian seluruh tubuhnya. Baginda berbuat demikian 3 kali.”
(Bukhari & Muslim)

KEISTIMEWAAN 3 QUL
“Bacalah surah al-Ikhlaas, surah al-Falaq, surah an-Naas, masing-masing 3 kali pada waktu petang dan pagi, maka ia akan MELINDUNGIMU DARI SEGALA MACAM BAHAYA.” (Abu Daud, Turmizi, An-Nasa’i)

AMALAN TAMBAHAN
Rasulullah saw berkata kepada Ali (menantunya) dan Fatimah (anaknya):
“Jika kamu berdua menuju ke tempat tidur, bacalah takbir 34 kali, tasbih 33 kali dan tahmid 33 kali.”
(Bukhari)

KEPENTINGAN BERZIKIR SEBELUM TIDUR
“Sesungguhnya apabila orang hendak tidur, berebut-rebutlah malaikat dan syaitan. Maka berkatalah malaikat: “Ya Allah, akhirilah dengan kebaikan.”
Kemudian bekatalah syaitan: “Akhirilah dengan keburukan.”
Apabila orang itu berzikir kepada Allah, kemudian tertidur, maka malaikat pun menjaganya.”
(Ibnus Sunni)

LIKU DALAM MEMBUAT PILIHAN

Suatu saat dahulu, aku telah diuji dengan satu ujian yang hanya Allah yang tahu kepayahannya. Saat itu aku berada di semester ke 3 pengajian masterku. Di awal pengambilan subjekku, aku tahu, aku tidak mampu untuk menyelesaikannya. Saat sahabatku berkonvo, hatiku sayu melihat mereka konvo, kerana ku ahu aku tidak akan berkonvo di situ. Tetapi ku lawan perasaan itu sehinggalah semester ketiga, gangguan perasaan dan emosi semakin kuat sehinggakan kaki ini tidak mampu melangkah untuk ke kampus langsung. Ku hanya menyelesaikan kerja penulisan di rumah. Tetapi di rumah juga dugaanku cukup kuat. Allah telah membuka sedikit hijabku saat itu. Sehinggakan aku mampu merasai kehadiran makhluk yang berasa sekitar denganku. Mungkin kerana hijab itu, aku tidak disenangi oleh mereka. Sehinggakan tidurku pernah diganggu. Dikelilingi oleh makhluk berwarna putih mengelilingi katilku. Dan salah seorang di antara mereka telah menyepak dan memukulku. Saat itu ungkapan yang mampu keluar daripada bibir ini hanyalah satu perkataan, iaitu “Allahu Akbar”.

Di atas dugaan demi dugaan yang berlaku, akhirnya aku membuat keputusan untuk menamatkan pengajianku pada semester keempat. Semester yang sepatutnya ku menghantar thesisku. Meskipun berat tetapi keputusan terpaksa ku ambil untuk diriku. Menitis airmataku saat memohon penamatan ini daripada lecturerku.. meskipun lecturerku meminta untuk ku bercuti sahaja tetapi ku tidak sampai hati untuk melewatkan kerana ku lebih memikirkan prestasinya. KPInya. kerana kutahu keupayaanku.. ku tidak mampu untuk menyelesaikannya.

Gambaran kehidupan yang diberikan Allah menjadikan ku yakin inilah pilihanku. Aku  digambarkan dengan dua jalan di hadapanku. Satu jalan lurus tetapi gelap di hadapannya dan satu lagi jalan bengkang bengkok tetapi bercahaya di hujungnya. Ku melihat jalan lurus itu seolah-olah pengajian masterku dan jalan bengkang bengkok itu umpama pilihanku kini menjadi pendidik.

Tetapi ku berpegang dengan satu ayat Al Quran, Allah telah berfirman: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (QS Al-Ankabut:2-3).

Bidang pendidikan ini bukanlah pilihanku sebenarnya tetapi perancangan Allah sentiasa membawaku ke arah ini sepanjang pengajian masterku ini. bermula dengan offer sebagai guru tadika, kepada tutor asasi. Sehinggalah ku berfikir dan berlakunya turning point dalam diri ini dan bersedia menjadi seorang guru. Sahabatku pernah  menyatakan kepadaku suatu masa dahulu, “Bukankah awak ni tak suka jadi cikgu.”, tetapi jawapanku, “ku belum bersedia untuk menjadi guru pada saat itu, tetapi kini ku sudah bersedia.” tetapi ku kini telah kehilangannya kerana kesilapanku. tetapi doaku padanya tidak akan putus.

Kini ku telah menjadi guru. Ku merasai getirnya menjadi guru. Bukan guru sebaliknya muallimah. Jika ungkapan guru hanya memberi ilmu tetapi tugasku adalah mendidik, membina sahsiah pelajar, mengembalikan suasana islam dalam taman islami ini. Inilah jalan berlikuku.

Ku juga bersyukur, kerana aku ini cukup istimewa kerana antara hamba pilihan Allah yang sentiasa dipegang hatinya, sentiasa diingatkan dirinya. Ya Allah ku bersyukur padamu moga ku mejadi salah seorang hambamu seperti di dalam hadis yang diriwatkan oleh At Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : “Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.

 

Meneliti waktu

Merenung setiap perjalanan membawa kita ke satu tahap di mana kita akan berfikir siapa pengatur hidup ini.. siapa perancang kehidupan ini..

INDAHNYA PERJALANAN..

Hari ini daripada Shah Alam ke Kuala Selangor rehat sejam bergerak ke Sungkai Perak n then lepas asar bergerak pula ke Ipoh.. long journey.. tetapi terasa perjalanan ini indah dan menghiburkan.. bertemu dengan si kecil yang mudah ramah dengan orang.. ada sahaja celotehnya.. kebahagiaan yang tidak dimiliki oleh sebarangan orang melainkan atas kehendakNYA..

Kesyukuran diucapkan ke hadrat ILAHI di atas anugerah yang tidak terhingga ini..

Hati ini pernah mengalami lara yang lama kini semakin bahagia.. bukan bahagia kerana bertemu kekasih tetapi bertemu dengan kehidupan yang lebih mengembirakan dan penuh kenikmatan..

 Dalam hati kini tiada lagi duka.. malahan  cemburu, sedih sudah tidak mampu untuk wujud daripada hati..

Anugerah Allah.. Subhanallah..

Semoga semakin tabah berlari di hamparan yang indah ini.

Disebalik ujian..

Ujian-ujian.. Hari ini diduga.. Dua kali destinasi yang dituju pandangan tertutup.. bergerak daripada sungkai ke shah alam.. niat di hati ingin singgah di jakel tanjong malim mencari tudung, tetapi hadirnya sebuah kereta menghalang lorong tersebut lalu beradalah dilorong tengah.. dalam pada mencari jalan masuk ke jakel, sekali lagi kereta tersebut membuat spoil. menyelit di sebelah kiri pula.. tak terperasan terlepas ke jakel.. kemudian, niat di hati ingin melalui guthri ke shah alam sebab waktu petang sebegini sangat2 jem.. sekali lagi laluan ke guthri pula di lindung oleh sebuah bas dua tingkat yang memotong dengan lajunya di sebelah kiri.. apabila bas tersebut lepas baru terperasan laluan guthri dah lepas. maka ikutlah plus sepenuhnya.. Maka terlepaslah destinasi yang mudah tetapi melalui jalan yang sukar. Terasa untuk jem daripada damansara sampailah subang.. Tapi jem ni tak merunsingkan sebaliknya mengembirakan hati.. Seolah-seolah menanti apa pula dugaan selepas ini.. Jalan menuju ke majlis ilmu..

tak stress siap boleh baca buku lagi sementara nak bergerak.. sebenarnya kesukaran itu menjadi mudah apabila berfikiran positif..

IKTIBAR MUSIBAH LALU..

Mungkin ini adalah hikmah Allah pada diri ini, bagi sesetengah orang sakit adalah sesuatu yang nenyedihkan dan menyiksakan tetapi bagi diri ini, sakit ini umpama pembuka jalan bagi perkara-perkara yang terhijab. Kini, setelah beberapa tahun berlalu, ingatan kepada suatu peristiwa tetap kekal di dalam ingatan yang masih mencari jawapan yang terbaik. Saat ku ingin menduduki peperiksaan STPm dahulu, ku diuji dengan demam selesema hanya saat sepanjang berada di dalam dewan peperiksaan. Ku masih mencari hikmah yang tersembunyi.
Hari ini dengan izinNya, hikmah itu terlintas di fikiran ini. Kerana ku telah menerima seorang lelaki pada bukan saat( iaitu dalam keadaan ku tidak megetahui apa itu cinta yang benar). Hikmah itu berlaku, kerana kasih sayang Allah yang ingin menegur hati ini pada saat itu. Kerana ketidaksediaan itu membawa kesan jangka panjang diriku pabila hubungan itu tidak kekal. Kali kedua ku ditegur apabila ku hampir-hampir gagal dalam peperiksaan semester pertama di universiti. Rentetan peristiwa itu, aku telah bertekad memohon perhubungan itu diputuskan. Walaupun, hati ini terluka. Luka itu kekal hingga hari ini. Walaupun kutetap mengharap suatu hari bahawa dirinya adalah bakal suamiku, tetapi hati ini lebih takut pada ingatan Allah, biarlah Allah itu sebaik-baik pengatur urusanku. Baik rezekiku, jodohku, hidupku mahupun matiku.
Kini, ku berada di dalam tarbiyah, hati ini terbimbing jauh daripada perkara ini, bukan setakat ingin mencuba malahan mendekati juga hati ini sudah gerun dengan peringatan Allah. Sungguh, benar janji Allah, Allah akan sentiasa bersama dengan hambaNya yang ingin mencari RedhaNya. Dipetik juga kata-kata daripada novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha, “hidup ini tidak terlepas daripada ujian. Ujian kita sebagai pelajar adalah peperiksaan. Orang lain pula mempunyai ujian masing-masing. Saudara kita di Palestin, Iraq, Afganistan, Pakistan, Acheh dan lain-lain yang lebih teruk teruji daripada kita. Apalah sangat ujian kita ini jika dibandingkan dengan mereka. Kita hadapilah apa saja ujian yang diberikan oleh Allah dengan reda dan lakukan dengan terbaik.”
Ya Allah, moga engkau memberikan kekuatan pada diri ini untuk bangkit bersama denganMu, seiring dengan iradahMu, dengan hati yang penuh dengan keredaan dan ketakwaan. Hasbunallahu wani’mal wakil..